Saturday 12 July 2014

Kenaikan OPR: Adakah Ianya Wajar?

Pada hari Khamis yang lalu Bank Negara telah menaikkan Overnight Policy Rate (OPC) sebanyak 0.25%. Mengapa ini penting kepada kita sebagai rakyat ialah kerana kenaikan OPC akan menyebabkan kenaikan Base Lending Rate (BLR). Ini bermakna bayaran ansuran untuk pinjaman dari bank akan meningkat.

"Amid the firm growth prospects and with inflation remaining above its long-run average, the MPC decided to adjust the degree of monetary accommodation. This normalisation of monetary conditions also aims to mitigate the risk of broader economic and financial imbalances that could undermine the growth prospects of the Malaysian economy. At the new level of the OPR, the stance of monetary policy remains supportive of the economy."

Adakah tindakan yang mempunyai potensi untuk membebankan rakyat ini wajar? Daripada petikan komunikasi bank negara diatas justifikasi yang diberikan adalah kerana kadar inflasi lebih tinggi daripada biasa. Walaupun begitu kadar inflasi adalah stabil dan dijangka tidak akan meningkat pada masa terdekat ini maka meningkatkan kadar faedah pada masa ini untuk mengawal inflasi bukanlah sesuatu yang "urgent".

Oleh itu saya rasakan sebab yang kedua adalah sebab utama mengapa Bank Negara menaikkan kadar faedah, iaitu untuk memastikan tiada pengambilan risiko melampau yang jika tidak dibendung, boleh menyebabkan krisis ekonomi. Sebagai contoh, untuk mengawal harga rumah di Malaysia agar tidak meningkat dengan terlalu cepat.

Jadual di bawah menunjukkan kesan kenaikan kadar faedah terhadap beberapa pembolehubah:

Pembolehubah

Kesan

Pertumbuhan Ekonomi
Menurun
Kadar Inflasi
Menurun
Ringgit
Meningkat
Pertumbuhan Harga Rumah
Menurun
Kadar Simpanan
Meningkat
Pengambilan Risiko
Menurun
Beban Hutang Kerajaan
Meningkat

Saya ingin menarik perhatian terhadap dua pembolehubah iaitu kadar pertukaran ringgit dan pertumbuhan harga rumah. Sebagaimana kita tahu harga rumah meningkat dengan terlalu pesat sejak 2009 dan awal tahun ini ringgit jatuh dengan mendadak. Untuk memastikan harga rumah tidah meningkat dengan terlalu cepat dan untuk memastikan ringgit tidak jatuh Bank Negara perlu menaikkan kadar faedah.

Namun begitu kita boleh lihat pertumbuhan ekonomi akan menjadi lebih perlahan jika Bank Negara berbuat demikian. Jadi inilah dilema yang dihadapi oleh Bank Negara kerana "monetary policy" macam kadar faedah ialah alat yang tidak tepat. Ianya boleh memberi kesan yang bertentangan kepada pembolehubah berbeza. Oleh itu Bank Negara telah mengambil peluang prospek kadar pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih baik untuk menaikkan kadar faedah dengan kepercayaan ekonomi Malaysia cukup kukuh untuk mengatasi kesan negatif kenaikan kadar faedah tersebut.

Ini kerana membiarkan kadar faedah terlalu rendah terlalu lama menyebabkan pengambilan risiko keterlaluan dan lama kelamaan ini boleh menyebabkan kegawatan ekonomi. Oleh itu praktis normal Bank-Bank Pusat (termasuk Bank Negara) pada ketika ini ialah menurunkan kadar faedah apabila ekonomi gawat dan menaikkannya apabila keadaan ekonomi baik. Oleh itu, walaupun tiada keperluan untuk Bank Negara menaikkan kadar faedah pada masa ini, ia masih berbuat demikian untuk kembali ke "status quo" seperti sebelum krisis ekonomi dunia berlaku.

No comments:

Post a Comment