Bank Negara telah menaikkan OPR (kadar faedah) dan saya ingin menyangkal sebahagian mitos2 yang saya telah baca di laman sosial.
Mitos 1: OPR dinaikkan kerana ekonomi kurang kukuh. Cara ekonomist praktis sekarang bermakna pernyataan ini tidak benar. Malah yang terbalik adalah benar. Kenaikan kadar faedah akan memberi impak negatif terhadap ekonomi maka ia hanya akan dinaikkan apabila ekonomi cukup kukuh untuk berkembang walaupun dengan impak negatif kenaikan kadar faedah.
Mitos 2: Kenaikan OPR adalah arahan kerajaan. Secara teori (dan saya percaya di Malaysia secara praktisnya juga) Bank Negara adalah bebas daripada pengaruh kerajaan. "Monetary policy" macam kadar faedah adalah keputusan Zeti manakala Najib bertanggungjawab terhadap "Fiscal Policy" (belanjawan).
Mitos 3: Kerajaan untung apabila kadar faedah dinaikkan. Kerajaan ada insentif besar untuk merendahkan kadar faedah bukan meninggikannya kerana:
a) Kerajaan juga pemiutang maka mereka juga terpaksa membayar lebih untuk meminjam seperti rakyat juga. Maka kadar faedah lebih rendah lebih baik kerana kerajaan boleh pinjam dengan lebih murah.
b) Kadar faedah tinggi menyebabkan ekonomi meningkat dengan lebih perlahan maka kadar cukai juga lebih rendah.
Maka kerajaan ada insentif kukuh untuk mengekalkan kadar faedah pada tahap rendah. Ini sebabnya Bank Negara perlu bebas daripada pengaruh kerajaan kerana takut kerajaan menurunkan kadar faedah sebelum pilihanraya untuk meningkatkan ekonomi jangka pendek dengan kesan kenaikan ekonomi yang lebih rendah di masa hadapan.
Mitos 4: Rakyat sukar membeli rumah dengan kenaikan OPR. Ini bergantung pada situasi seseorang. Kadar faedah lebih tinggi dijangka memperlahankan kenaikan harga rumah maka orang yang sudah membeli rumah dan sedang membayarnya akan rugi kerana harga aset mereka meningkat dengan lebih perlahan walhal perlu membayar bayaran bulanan yang lebih tinggi. Pembeli rumah di masa hadapan pula mungkin akan untung kerana harga rumah yang mereka bakal beli tidak akan setinggi tanpa kenaikan kadar faedah.
No comments:
Post a Comment